Powered By Blogger

Tuesday, 26 November 2013

Breakaway

Salam..

Entry kali ni aku nk cakap skit pasal 'comfort zone' ni..
Ye la sesetengah kita kadang2 selesa sgt dok kt comfort zone ni samapai terleka..aku sendiri akui siapa tak suka dok kt 'zon selesa' diorg kan..

Until some day atas takdir Allah kita pasti akan lalui saat di mana zon selesa kita di challenge..
Allah itu Maha bijaksana..
Lihat bagaiman Dia mahu mentarbiah semua golongan manusia tu tidak kira agama sebab itulah sifat Allah itu Ar-rahman kpd semua makhluk dan Ar rahim kepada hambaNya yg beriman... amin.

Dalam hidup setiap manusia pasti akan jumpa satu titik untuk diorg beralih dari zon selasa ke zon selangkah ke depan..Dan ini pasti terjadi..sebab ini merupakan proses kematangan seseorang

Saat itu kita kena tabah dan have faith be strong..bahawa tadir menentukan setaip yang terjadi..Pasti ada hikmah daripada Allah..

Kita perlu utk challenge diri kita sendiri untuk beralih dari zone selesa supaya kita boleh berkembang matang dan mempu memperbaiki apa yg patut..

Pada satu saat apabila ko jauh berlari ke hadapan..kadangkala keletihan itu suatu kepastian yg akan dialami..
Jadi, tidak salah utk ko take a deep breath sebentar..
Semakin ko pandang ke hadapan pada masa keletihan itu..semakin tu ko rasa resah gelisah, bertanya 'bila lagi nk smapai ke destinasi'..

Apa yg ko patut buat pada ketika itu adalah tarik nafas dalam2 dan ambil sedikit masa ko utk pandang ke belakang..

ko pandang ke belakang..

bukan utk ko mengeluh. sesal..

tapi..

lihat apa usaha ko yg telah ko buat smapai ko pada tahap sekarang.. berterima kasih atas apa yg telah menyebabkan ko terus melangkah dari kepompong yang lama.. you will see how beautiful your life is.. dan ko akan belajar erti kesyukuran...What you had before and what you have achieved..

Achievement itu tak semestinya yg gempak..satu dunia tahu..No..your achievement is your own personal best..x pelu compare dgn achievement org len..you know yourself better and what you capable of..



Thursday, 21 November 2013

Now you see what your brain see

Pair of eye is a window to your heart..
See with your heart, think with your mind..
brain do not feel what does the eyes see
Eyes would never see what does the brain do not know..
You see what you saw,
But you'll never understand why
Your brain would only know until your feet gives the reasons why,
Don't simply see what you saw,
Don't judge until you feel pain of your feet..
Don't walk if you cannot stand
Cause you eyes would never see what pain it is..
Only now brain know what it is.


Monday, 4 November 2013

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah,

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Cukup dalam dan cukup indah bahasa yang Allah gunakan dalam ayat ini,..

Sekali hayati,

Firman Allah ini nak cerita kat kita, bahawasanya kalau kita nak berubah menjadi sesuatu, itu adalah pilihan kita yang Allah telah berikan kebebasan untuk manusia itu memilih. 

Kehidupan manusia itu ibarat jalan yang bercabang, kita yang memilih untuk jalan yang mana satu kita nak lalui. 

Kalau kita hendak berhijrah ke arah kebaikan, sekalipun kita akan berusaha ke arah itu..

Allah memberi ilham, memberi petunjuk, mendatangkan kita orang-orang yang mampu membantu kita membawa kita ke arah kebaikan tetapi selebihnya bergantung kepada kita sendiri nak tunjuk kat Allah Maha penyayang, buktikan pada Allah  bahawasa kita memang bersungguh nak berubah, jadi kita sendiri akan berusaha ke arah itu..

Allah ciptakan akal dan jiwa raga kita supaya berfikir..
maka gunakan nikmat yang Allah berikan ini..
gunakan akal untuk berfikir supaya diri dekat kepadaNya.. bersihkan jiwa nescaya seketul hati yang bersih ini mampu untuk memerintah seluruh anggota badan ke arah kebaikan..

Cuba dalami sekali lagi firman Allah diatas,
''..tidak akan merubah sesuatu kaum.."

Jelas dalam ayat ini tidak khusus ditujukan pada individu..tetapi 'kaum'.., 'melainkan kaum itu sendiri merubah nasibnya'

fitrah manusia itu saling bergantungan sesama manusia.. Allah itu Maha Pencipta maka Dialah maka mengetahui sifat makhluk ciptaanNya. Sesuatu kaum mampu untuk mengubah kaum nya sendiri.

kalau seseorang individu ini sudah berusaha bersungguh nak berubah ke arah kebaikan..tapi usaha gagal,.
cuba baca balik firman di atas,"..Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya". Kita kena cari kaum yang boleh membantu kita mengubah nasib kita.

Manusia itu diciptakan berkelompok, majmuk, satu kaum manusia.. kelebihan Allah ciptakan manusia sebaik-baik ciptaan ini, kata-kata, peribadi yang berkarisma yang dimiliki oleh seorang individu boleh mempengaruhi sekelompok manusia..walaupun lain orang lain sifat perwatakan,ragam dan sebagainya tapi percayalah Allah ciptakan manusia itu sifatnya saling bergantung dan saling mempengaruhi antara satu sama lain kerana hubungan antara manusia itu seperti wujudnya satu 'bond' atau ikatan.. sebagai analoginya, sifat cecair itu memiliki sifat tersendiri, air adalah terdiri daripada jutaan molekul yang terikat pada 'bond' tapi salingm mempengaruhi antara satu sama lain.

kesimpulannya, kalau nak berubah kena ada dua benda
1) Sendiri kena usaha untuk berubah
2) cari lah kaum yang sekufu supaya kita mampu tergolong dalam kelompok atau kaum yang baik-baik.

Wallahualam,
lihatlah dari sudut kebaikan mudahan apa yang cuba disampaikan mudah difahami..apa yang baik itu datang dari Allah yang kurang baik atas kelmehan sendiri..mudahan tafsiran yang dibuat ini tidak lari dari ajaran islam..tidak ditafsirkan atas fikiran yang terbatas ini begitu sahaja..

Sedia menerima comment kalian supaya penulisan saya ini tidak bercanggah dengan mana-mana pihak..


Dear Son

Alhamdulillah,

Best sgt kalo bilik tepi tingkap..malam2 leh tengok kat langit nampak bintang2 malam..haha
patut le org suka tengok bintang, tengok langit, macam2 ilham timbul.. sungguh indah ciptaan Allah..

ni nk buat poet sikit..dlm bahasa omputeh lah yer..hehe..

Sunday, 3 November 2013

Pengenalan

Assalamualikum,

Alhamdulillah blog sudah berjaya di reka..post pertama kali untuk blog pun sudah..
pertama kali ni memang nervous sikit..
 nak buat penulisan berbentuk santai sikit..baru syok sikit nak baca betul x?..hahaha

Tujuan utama aku nk tulis blog ni sebenarnya nak luahkan apa yg terpendam dlm minda jiwa dan raga ni..
xtau saluran mana nk diluahkan..

sebenarnya mikrofon adalah musuh aku yg paling aku gerun...x tau nape kalau disuruh beri tazkirah ke ape..mmg sangat gemuruh apa yang nak di sampaikan jadi tak terluah dibuatnya..

kalau berbentuk tulisan ni senang sikit..
boleh atur-atur ayat sikit supaya menarik dan mudah difahami..adjust kata-kata sikit mudahan tiada kata-kata yang menyakiti sesiapa..InsyaAllah..

Mudahan post2 lepas ini lebih bermanfaat untuk bacaan umum..

Semoga apa yang disampaikan dalam blog ini...apa2 mesej yang disampaikan mudah untuk difahami..

Lihatlah dari sudut kebaikan bukan melihat kepada siapa yang berkata-kata..
Apa yang baik datang dari Allah..yang buruk itu disandarkan pada kelemahan ini sebagai manusia yang serba kekurangan..

Pertama Kali dalam Dunia Bloggers

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..Allah masih memberi peluang kepada hambaNya ini untuk bernafas dan terus berada dimuka bumi nya yang luas ini..

manusia di muka bumi ini ditugaskan sebagai khalifah Allah untuk menegakkan syiar islam.. InsyaAllah..

Mudahan blog yang saya cipta ini menjadi wadah untuk menjadi seorang penglipur lara..

Saya bukan lah seorang pendakwah, bukan seorang yang berakhlak sempurna..
tetapi Allah ciptakan manusia itu berbagai-bagai kelebihan dan sifat tersendiri..
Saya lebih selesa meluahkan apa yang terpendam dalam minda ini kepada kalian semua menerusi penulisan berbandang percakapan atau sebaliknya..