Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."
Cukup dalam dan cukup indah bahasa yang Allah gunakan dalam ayat ini,..
Sekali hayati,
Firman Allah ini nak cerita kat kita, bahawasanya kalau kita nak berubah menjadi sesuatu, itu adalah pilihan kita yang Allah telah berikan kebebasan untuk manusia itu memilih.
Kehidupan manusia itu ibarat jalan yang bercabang, kita yang memilih untuk jalan yang mana satu kita nak lalui.
Kalau kita hendak berhijrah ke arah kebaikan, sekalipun kita akan berusaha ke arah itu..
Allah memberi ilham, memberi petunjuk, mendatangkan kita orang-orang yang mampu membantu kita membawa kita ke arah kebaikan tetapi selebihnya bergantung kepada kita sendiri nak tunjuk kat Allah Maha penyayang, buktikan pada Allah bahawasa kita memang bersungguh nak berubah, jadi kita sendiri akan berusaha ke arah itu..
Allah ciptakan akal dan jiwa raga kita supaya berfikir..
maka gunakan nikmat yang Allah berikan ini..
gunakan akal untuk berfikir supaya diri dekat kepadaNya.. bersihkan jiwa nescaya seketul hati yang bersih ini mampu untuk memerintah seluruh anggota badan ke arah kebaikan..
Cuba dalami sekali lagi firman Allah diatas,
''..tidak akan merubah sesuatu kaum.."
Jelas dalam ayat ini tidak khusus ditujukan pada individu..tetapi 'kaum'.., 'melainkan kaum itu sendiri merubah nasibnya'
fitrah manusia itu saling bergantungan sesama manusia.. Allah itu Maha Pencipta maka Dialah maka mengetahui sifat makhluk ciptaanNya. Sesuatu kaum mampu untuk mengubah kaum nya sendiri.
kalau seseorang individu ini sudah berusaha bersungguh nak berubah ke arah kebaikan..tapi usaha gagal,.
cuba baca balik firman di atas,"..Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya". Kita kena cari kaum yang boleh membantu kita mengubah nasib kita.
Manusia itu diciptakan berkelompok, majmuk, satu kaum manusia.. kelebihan Allah ciptakan manusia sebaik-baik ciptaan ini, kata-kata, peribadi yang berkarisma yang dimiliki oleh seorang individu boleh mempengaruhi sekelompok manusia..walaupun lain orang lain sifat perwatakan,ragam dan sebagainya tapi percayalah Allah ciptakan manusia itu sifatnya saling bergantung dan saling mempengaruhi antara satu sama lain kerana hubungan antara manusia itu seperti wujudnya satu 'bond' atau ikatan.. sebagai analoginya, sifat cecair itu memiliki sifat tersendiri, air adalah terdiri daripada jutaan molekul yang terikat pada 'bond' tapi salingm mempengaruhi antara satu sama lain.
kesimpulannya, kalau nak berubah kena ada dua benda
1) Sendiri kena usaha untuk berubah
2) cari lah kaum yang sekufu supaya kita mampu tergolong dalam kelompok atau kaum yang baik-baik.
Wallahualam,
lihatlah dari sudut kebaikan mudahan apa yang cuba disampaikan mudah difahami..apa yang baik itu datang dari Allah yang kurang baik atas kelmehan sendiri..mudahan tafsiran yang dibuat ini tidak lari dari ajaran islam..tidak ditafsirkan atas fikiran yang terbatas ini begitu sahaja..
Sedia menerima comment kalian supaya penulisan saya ini tidak bercanggah dengan mana-mana pihak..

No comments:
Post a Comment