'Maka ketika mukjizat-mukjizat Kami yang terang itu sampai kepada mereka, mereka berkata; ''ini adalah sihir yang nyata''.(13) Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongannya, padahal hati mereka meyakini kebenaranynya. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang berbuat kerosakan.(14) surah Al-Naml 13-14.
Amat terasa bila ditegur oleh Allah dlm ayat diatas. indirectly, kita adlah org yg menerima mukjizat (al-Quran), menerima hadis, kita adalah islam semnejak kecil, diberi i.c islam diberi pendidikan islam dalam kurikulum..
tpi..kenapa kita masih ingkar? perkara yg disuruh yg terang2 termaktub dlm Al-quran x dibuat, dilarang x ditinggal.. coba lihat kejap diri kita dan sekeliling, zina berleluasa, bayi dibuang sana sini, lelaki perempuan x jaga aurat, seks bebas, seksual songsang, semua ini dah jadi macam biasa..xda apa berlaku.. ''biasa lah tu, zaman dah berubah" benda yg biasa..tp bila benda baik org suruh buat jdi pelik.. kalo x caya pernah x kita dengar org ckp, 'segan la nk buat baik..takut org pandang pelik, x sesuai dgn keadaan.'
kenapa ini berlaku? adakah kita ni sombong? dah tau ap benar apa salah.. adakah kita buta hati?..
Sekejap..
Dlm hati setiap org yg bergelar islam itu pasti nak jadi baik, nk masuk syurga..
Dh usaha jugak masih x dpt berubah adakah ini salah kita??..
Ini bukan salah kita.. ini bukan salah mak bapak kita, ini bukan salah masyarakat.. tp inilah hasil daripada trend or culture yang dah lama dicultivated dlm masyarakat kita semenjak zaman penjajahan lagi.. penjajahan ideology barat (yg menolak manusia dari kembali kpd agama) sbb tu la kita boleh tengok hasilnya sekarang, komplikasinya lahirlah individu pada zahirnya islam tapi masih x bepegang pada islam.
Tu semua berlaku termasuk aku sendiri pun mengalami benda yg sama as long as kita ni hidup lepas zaman penjajahan.
Sbg manusia mmg kita cuba nak berubah dan Allah tahu itu, kita mungkin berubah seketika..tapi iman manusia itu bertambah dan berkurang..
syaitan ni dh goda manusia, xmakan godaan dia panggil geng2 syaitan ramai2 goda kita sampai kita terpedaya..kita x nampak.. jadi mampukah kita berseorang?
Ini akan terus menerus menjadi pergolakan dlm diri kita, iman terus terumbang ambing. Kita ini manusia biasa masa kecil pun didikan agama s berapa nak kukuh, berhadapan lagi dgn dari kecil kita dah dicorak dgn hedonisme barat, berhibur pun ikut cara barat, fasion sekeliling pun cara barat, ada feshion busana muslimah islamic fusion dgn current trend berciri islamic konon tapi lari dari konsep aurat dlm islam..itulah pemikiran liberalisme.
Ini suma bukan salah kita kalo betul cuba dh berubah tapi masih lagi mcm chipsmore.. mcmna nak tangani??..
Macamna nk corak balik peribadi kita..ideology barat ini berjaya jajah pemikiran kita ni pun dtg dgn bersistem..kita pun kena jadi sistematik balik untuk kembali kepada fitrah sebab itu perlunya tarbiayah.
Seorang researcher xkan mampu nak hasilkan thesis kalau x organise betul2 ikut sistem dan merujuk balik research terdahulu.. begitu juga kita sekarang.. tengok diri kita byk benda yang x kena, byk benda kena perbetul, dan ini bukan salah kita..dan sampai ke sudah pun kita xkan jumpa jalan penyeselaiannya kalau asyik menyalah diri, bertindak sekarang..
Sbb kita dh dicorak dan dijajah pemikiran..nk ubah balik kembali kepada physiology (fitrah) asal kita xboleh nak serta merta gelojoh xda magik yg boleh mengubah kita seta merta ..kena ada sistem,
Physiologically pun setiap dalam tubuh badan manusia tu ada sistem dan organisasi(resiratory system, cardiovascular system, etc)..dan aku yakini sepenuh hati sistem tarbiyah yang 'mereka' offer ini mampu untuk membantu masalah dalaman ini.. kita semua diberi pilihan sementara masih hidup ini kelak tiada lagi alasan kt akhirat kelak bila ditanya Allah kenapa kita x berpegang dgn islam dan ajaran nabi Muhammad? sedangkan sudah datang kepada kita bukti2 kebenaran dan kesaksian keatas kita nikmat keselamatan (islam) dunia dan akhirat.
Dan menjadi tanggung jawab kita setelah bersaksi atas penyaksian Allah kepada kita tentang kebenaran, untuk memyampaikan kepada kaum kerabat kita yang kita cintai. Disebabkan cinta nabi Muhammad s.a.w kepada org yg terdekat, cinta kepada sahabatnya, kepada umatnya, seta umat akhir zaman ini, kita paling kurang pun dapat merasa nikmat islam sehingga sekarang.
Pentingkah tarbiyyah? faktor kejayaan Islam dari zaman rasulullah sampai ke akhir zaman ini? apa rahsianya? Rasulullah tarbiyyah keluarga terdekat, kemudian disampaikan tarbiyyah kepada sahabat, diteruskan kepada salafussolehin.. suma ini ada sistem untuk mencapai kejayaan islam itu berjaya disampaikan..ini menjadi tanggung jawab kita semua yang bergelar umat nabi Muhammad untuk meneruskan apa yang diusahakan baginda dari dulu lagi.. kalau kita sayang pada rasulullah bukan setakat marah bila org buat karikatur nabi Muhammad, tp kita sanggup terima tanggung jawab dari baginda juga dan itu adalah tuntutan.. marah bila org cuba memesongkan org islam dari ajaran sebenar oleh cikgu kita Muhammad.. dan berhasrat nak memiliki sifat2 dalam diri baginda.
Jangan mudah menilai org lain. kita semua manusia tapi mungkin berada pada tahap pemahaman yang berbeza..ad org cepat faham, dan ada org ambil masa untuk faham..tapi hanya Allah yang tahu setakat mana kita berusaha untuk mencuba. Pernah suatu ketika bila kita post benda2 yang baik, akan ada org tegur, 'ko post benda2 islamic tapi diri ko ckp benda macam ni macam tu' tpi itu x akan menghalang kita untuk terus memberi kata-kata yang baik.
Tu pentingnya tarbiyyah dan berdakwah kena aware dgn benda2 macam itu.. kalau xda persiapan (sistem tarbiyyah) ini lah jadi nya.. nak jadi org islam sgt senang hidup la dlm keadaan bagaimana sekalipun asalakan hukum Allah x dilanggar.. islam x suruh kita jdi perfect.. sbb manusia itu sifatnya tidak sempurna.. tpi kena berusaha semampu kita mengikut character masing2 untuk jadi terbaik..
Solat lima waktu, puasa, zakat, haji, suma senang..tp mengucap dua kalimah syahadah?? berbuat kesaksian? melihat kesaksian, dan melaksanakan apa yang telah disaksikan?
Disebabkan oleh corak peribadi kita sekarang dari kecil lagi diracuni dengan persekitaran yang diserang oleh penjajahan pemikiran barat.. Jadi kena buat training ckit la untuk counterback melebur balik peribadi kita supaya boleh kembali kpd fitrah.. So beberapa amalan yg ditugaskan tu mcm training askar la.. mcm medical student la xda la tup tup jadi doktor..nk jadi doktor pun amik masa 5 taun nk belajar..so nk jdi balik kepada fitrah pun amik masa..dan ini amat penting untuk berdamping dengan org sekeliling yang memahami diri kita untuk adapt dengan benda ini..
nak jadi org islam bukan dok terperok dalam masjid jadi baik sorang2, mengenal Allah sorang2 or simpan org2 yg baik ni dlm masjid2 sahaja..then org len akan buat stigma, 'org2 yg datang masjid je baik2 org nya..'
Jadi org islam ialah untuk menjadi seorang manusia.. manusia ada fitrah masing2 minat masing2, cita2 masing2. ko jadi lah doktor ka polis ka, cikgu ka asalkan perbuatan kita itu mengikut hukum syariat. Xcukup la nak jadi baik seorang diri x kacau org pun.. tapi kat akhir kelak org2 sekeliling kita inilah yang akan cakap kat Allah, "kat dunia dulu dia ni jadi baik sorang2 je bukan nak ajak orang.."
nak ajak org pun peribadi kita pun kena kukuh,.. sebab aura sebenarnya yang menarik org lain utk ikut sama berubah bukan paksaan atau suruhan.. tu lah penting nya tarbiyyah training jadi seorang manusia yang berpengaruh.. bukannya setakat manusia yang dilabel sebagai 'geng masjid' sahaja.
Nak masuk syurga pun xkan nak masuk sorang2 kang kesunyian nanti..kehidupan yg kekal pulak tu.. kalo la nabi Muhammad nak jadi baik sorang2 dah lama kita x merasa nikmat islam..kalau para sahabat x meneruskan usaha baginda sampai hari ini kita xkan kenal islam.. tapi akan disoal balik la kenapa x sampaikan kebenaran islam itu pada org len sedang kan itu hak setiap manusia untuk mengetahui nikmat islam..bertanggung jawab la sikit.. harap2 ini menjadi sedikit seruan kepada pembaca sekalian..
Ikutlah apa2 sistem tarbiyyah yang ko rasa sesuai dengan ko..dan kalo dh ikut tu buat la cara dah ikut ye ke dok? semoga org yg menulis dan berkata-kata itu lebih dekat dengan apa yg diperkatakan dan ap yang telah termaktub..xda cara len insyaAllah kalo kita didik org, diri kita akan turut terdidik juga..
Wallahualam, apa yang baik datang ilham dari Allah segala kecacatan atau kepincangan dalam penulisan adalah atas kelemahan diri in i..byk lagi benda perlu belajar..ilmu.. hidup ini kita x akan bernah berhenti dari belajar..semua itu proses untuk menjadikan diri kita hari ini, esok dan selamanya..
